Ciptaanisme ialah teori yang menekankan bahawa keseluruh alam dunia dan semesta beserta pula umat manusia bermula daripada suatu penciptaan, bukanlah berasalkan daripada kekosongan hampa yang lalu berkembang membentuk kewujudan.
Kita hidup di permukaan sebuah kapal angkasa lepas canggih ini yang terlengkapi dengan otomasi dan yang mampu mengitar semula. Selama kita hidup dan mati, kita menjadi saksi pada kisah-kisah keindahan, keharuman, cinta dan musik. Bayangkan: matematik, falsafah, musim bunga, kebejatan, berladang, pertunangan, kuasar, dan pula gula-gula getah. Apa semuanya ini sememangnya hanyalah berasalkan daripada suatu kekosongan hampa yang lalu terwujud secara rawak sahaja?
Di setiap generasi di dunia ini, takkan kita ada lagi sedikit alasan pun untuk menolak adanya Sang Ilmuwan Arif ini, Ia yang menggerakkan segala sesuatu di sekitar kita ini. Mestinya kita kagum kepada-Nya, bukanlah bersikap langsung menuduh dan menjadi ragu-ragu.
Sekitar 3.000 tahun lalu, Raja Daud dari Israel menulis (Mazmur 8:3-4) "Jika aku melihat langit-Mu, buatan jari-Mu, bulan dan bintang-bintang yang Kautempatkan; apakah manusia, sehingga Engkau mengingatnya? Apakah anak manusia, sehingga Engkau mengindahkannya?"